Kita menjadi orang baik sebab Allah tidak uji kita dengan ujian berada dalam kemaksiatan.Oleh sebab itu,kita harus berterusan berdoa,usaha dan pesan kepada diri serta orang lain untuk sentiasa berbuat baik..
Jangan menghina orang yang melakukan kejahatan..Mungkin mereka belum mendapat hidayah dari yang Maha Esa..Sebaik-baiknya kita perlu mendoakan mereka supaya bertemu jalan yg benar di sisi Allah..Mereka mungkin sempat bertaubat sebelum meninggal dunia.Sedangkan kita belum pasti sempat bertaubat sebelum mati..
Jangan ketawa apabila melihat orang lain jatuh kerana Allah mendidik dia untuk lebih tabah,reda,hisab diri dan segera perbaiki diri.Selepas seseorang menerima musibah,Allah akan turunkan nikmat dan kebaikan kepada hambaNya yang bersyukur..
Kita doakan kawan kita yang menerima musibah..Kita juga segera muhasabah diri dan ambil iktibar daripada musibah yang menimpa sahabat kita...
YANG MENGEPOSS
No comments:
Post a Comment