Allah tidak datangkan sesuatu dengan tujuan sia-sia.Selalunya kita sendiri pun tidak menyedari bahawa setiap keburukan akan didatangkan bersama dengan kebaikan.Dengan erti kata yang lain,setiap yang berlaku ada hikmahnya.Mungkin kita tidak mengambil sesuatu hikmah tersebut pada awal keburukan yang berlaku tetapi akan diambil secara tidak langsung pada tempoh-tempoh tertentu.
Rasulullah bersabda:, "Siapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya,Dia akan memberi musibah kepadanya" (Riwayat al Bukhari)
Kadangkala Allah turunkan penyakit adalah sebagai amaran akan dosa yang telah kita lakukan atau kita terlalu lena diulit mimpi dengan keduniaan sehingga lupa akan tanggungjawab kepada yang Esa.Untuk menyedarkan kita, Allah turunkan nikmat sakit kepada kita.Itu adalah satu bentuk hukuman secara tidak kita sedari.
Oleh itu,sebaik-baiknya dalam keadaan sakit,kita kembali bermuhasabah diri mengenai dosa atau kesalahan yang telah diakukan.Redha itu adalah lebih baik daripada merungut.
Sekian.
YANG MENGEPOSS
Allahu,Allah maha besar sebesarnya
ReplyDelete